Mouthgasm Crunchy Nyummy

 

Assalamualaikum & Hi
 
Jom kunyah Mouthgasm Crunchy !
 
Waktu makanan sebegini viral, Nadia selalu macam "Hello, apa yang sedap sangat makan makanan macam ni ? Coklat je kot" [Judge teruk]. Tapi mil fikir macam ini ada sebab, sebabnya ialah mil bukan peminat orang yang makan coklat. Mil bukanlah sejenis orang yang kurang makan benda benda kunyah ni. Kerepek yang macam potato ke apa ke memang Nadia bukan sejenis begitu. Siapa macam mil angkat tangan sikit!!!

Macam satu hari tu mil tengok kawan mil baru jadi dropship untuk jenama Mouthgasm ni, Mil rasa macam okaylah alang-alang apa kata Nadia cuba chocojar ni kan. Nak tahu juga apa yang sedap sangat, dan kenapa orang makan benda ni. Jadi kita pun beli.

Waktu pertama kali nampak, agak susah jugalah Mil nak startkan kunyah pertama. Bukan sebab takut ke, atau macam tak berani nak mulakan benda baru kan. Tapi sebab Mil memang sejenis yang agak kurang tertarik dengan coklat. Disebabkan kebiasaan macam ni, rasanya selepas seminggu Mil beli barulah Mil makan untuk suapan pertama. Lama kan ?

Dengan suapan pertama tu, maka berlarutan lah ke suapan kedua dan ketiga serta seterusnya sebab gabungan ni sangat sedap dan sesuai! Selalu kita makan cococrunch dengan susu kan. Tapi ni cococrunch dengan Mocha Chocolate geng! Jadi bila dia masuk kedalam mulut, amatlah nikmat serta memuaskan serta upmhh beli satu tidak cukup! Dan benda ni sebab Mil beli satu je, maka Mil macam berjimat makan tu sebab taknak terlepas nikmat yang sedap ni. Lagi satu Mil memang akan macam "Eh enough Nadia, Dont eat benda manis tanpa memikirkan kesihatan di masa depan". So Nadia akan cuba pastikan Mil makan sikit sikit , tak habiskan terus dalam masa dua hari ke.

Korang pernah makan chocojar jenama mana ? Ada tak nak yang nak cadangkan kat Mil? Atau mungkin korang juga penjual chocojar ? Kalau korang penjual chocojar boleh lah juga comment kat bawah details chocojar yang korang jual dan macam mana nak contact. Mana tahu Mil boleh mencuba chocojar jenama lain dan beli melalui korang!


Dekat sini mil kongsikan sikit video review mil bila makan Mouthgasm Crunchy ni sebab mil ada dapat paid review untuk chocojar ni. Hehehe. Tengok packaging dia pun cantik. Katanya, khas untuk influencer yang nak buat review Mouthgasm Crunchy. 






Comments