Plaster Berubat Neobun Memang Best
Aduh sakitnya pinggang, lengan dan belakang. Sapu minyak adalah ok sekejap kemudian sakit balik. Sakit-sakit ni dah lama dah selepas bersalin aritu. Nak berdiri lama pun tak boleh. Berdiri lama mulalah sakit kat punggung sampailah ke kaki. Urut?? Adalah jugak urut beberapa kali masa tu ok la sikit kemudian lama-lama jadi balik.
Pakai minyak pun tak boleh nak surut akhirnya mel pakai satu plaster berubat ni. Namanya Salonpas. Bukan nak kutuk salonpas, rasanya kalau tauke Salonpas baca ni tolonglah upgrade plaster salonpas tu biar gam dia kuat sikit. Ni ada lah sekejap tampal dah tercabut terutama bila berpeluh tu. Rasa unsatisfied dengan produk ni. Bila dah sekejap je boleh tampal macam mana ubat tu nak bertindak kan?
Kemudian beralih satu plaster berubat ni. Namanya Neobun. Wow ! seriously memang menakjubkan. Berbeza sangat bila pakai plaster ni. Orang kita panggil koyok je. Gam dia tahan lama. Bila mandi pun tak tanggal. Apa yang best dengan koyok ni tempat sakit yang kita tampal tu rasa berdenyut-denyut. Maknanya ubat tu dah serap. Alhamdulillah bila dah mencuba plaster ni memang tak cari dah koyok lain. Sakit pun makin berkurangan.
Alhamdulillah waktu ni mel dekat rumah Jawi, Pulau Pinang. Badan dah tak lenguh dah. Dah berkurangan. Sebab maybe mel tersilap tidur mungkin. Tu yang jadi lenguh-lenguh akibat mel ada angkat barang-barang berat macam televisyen lama dekat tingkat 2. Naik turun kan. Yang tu jadi sakit tu. Berpuas hati dapat bagi review dekat plaster Neo Bun Malaysia ni. Barang superb berkualiti sampai ibu dan ayah mel pun pakai juga. Sebab kuantiti setiap dalam kotak ni ada banyak, boleh digunakan untuk seisi keluarga.
Comments
Post a Comment